Saturday 23 July 2011

Lignosus rhinocerus


 Lignosus rhinocerus ataupun lebih dikenali sebagai cendawan susu harimau (Tiger's milk" mushroom) merupakan antara jenis cendawan yang penting dalam perubatan tradisional di Malaysia. Masyarakat komuniti telah menggunakan cendawan ini sebagai penawar untuk asma, batuk, kanser, keracunan makanan dan luka. (Tan, C.S., Ng, S.T., Vikineswary, S., Lo, F.P. and Tee, C.S. 2010. GENETIC MARKERS FOR IDENTIFICATION OF A MALAYSIAN MEDICINAL MUSHROOM, LIGNOSUS RHINOCERUS(CENDAWAN SUSU RIMAU). Acta Hort. (ISHS) 859:161-167).


Berdasarkan mitos, cendawan ini dipercayai tumbuh daripada titisan susu harimau yang jatuh ke bumi semasa ibu harimau menyusukan anaknya. Ubi ("sclerotium") akan terbentuk dan terbenam di dalam tanah untuk jangka masa yang agak lama. Apabila sampai masanya barulah ia akan bercambah keluar menjadi cendawan. Bahagian ubi cendawan inilah yang digunakan dalam perubatan tradisional.




Jika ada sesiapa yang mahu mendapatkan cendawan ini, silalah emel ke cendawansusuharimau@yahoo.com


No comments:

Post a Comment